Thursday 22 May 2014

Aku Ikon Patriotik #AkuIP

Salam.. Warga PR yang dikasihi, jika anda mempunyai ketahanan fizikal seperti berlari, berenang, berkanu, mendaki serta mempunyai pengetahuan am yang baik, anda digalakkan untuk turut serta sebagai peserta untuk program "Aku ikon Patriotik".

Aku Ikon Patriotik merupakan satu pertandingan terbitan TV3 dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan sebagai platform program patriotisme yang berbentuk lebih santai dan boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat.

Pertandingan berkonsepkan perlumbaan realiti yang bertemakan ‘Anak Malaysia Jiwa Merdeka’ ini akan diadakan pada 14 Ogos 2014 hingga 17 September 2014 selama lebih kurang 35 hari. Sila layari http://www.ikonpatriotik.com/ untuk maklumat lanjut..









1 comment:

  1. sy tak kuat pun..takde kekuatan fizikal sukan, berlari dan sbgnya..tapi bila dgr je pkataan ptriotik trus gi ujibakat.. insyallah kita akn bleh berjuang wlau apapun.. sbb kita sygkan malaysia :)

    ReplyDelete