Friday 18 April 2014

Pendaftaran Pelajar dan Graduan Usahawan UiTM

Assalamualaikum 

Anjakan dari kemenangan UiTM mempertahankan kejuaraan sebagai Universiti Keusahawanan Tahun 2013, pihak MASMED sedang mengumpul maklumat semua pelajar semasa dan pelajar yang telah tamat pengajian yang telah memulakan perniagaan termasuk yang berniaga online.

Tujuan pengumpulan data ini adalah sebagai rujukan kejayaan pelajar dan graduan UiTM sebagai usahawan di samping memudahkan MASMED memohon bantuan kewangan dari PUNB, MTDC , TEKUN, MARA dan agensi kerajaan lain bagi membantu pelajar dan graduan usahawan dari segi modal dan bimbingan.


Oleh itu saya menyeru saudara/i usahawan agar dapat mengisi borang pendaftaran graduan di bawah kategori “Pengumuman” di laman web MASMED iaitu http://masmed.uitm.edu.my.

Taken from Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar official facebook page..

No comments:

Post a Comment