Monday 21 April 2014

Pertandingan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA)




Tema : Manusia, Teknologi dan Komunikasi.
Tarikh tutup : 28 April 2014.
Syarat penyertaan :
1. Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS di Malaysia.
2. Jangka masa PSA : Kategori TV 45 saat dan Kategori Radio 30 saat.
3. Boleh dihantar secara individu atau kumpulan.
4. Boleh menghantar lebih daripada satu karya dan penyertaan adalah percuma.
5. Bagi kategori TV, sarikata (subtitle) perlu disertakan sekiranya terdapat penggunaan bahasa selain daripada Bahasa Malaysia.
6. Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal. Sekiranya mengguna pakai skor muzik yang sedia ada di pasaran/ hak orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berkenaan.
7. Hasil karya mestilah asli, tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan.
8. Salinan DVD perlu dihantar untuk setiap penyertaan beserta tajuk dan skrip.
9. Karya yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur.
10. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan maklumat seperti nama penuh setiap ahli kumpulan, no kad pengenalan, no telefon, email, dan nama pusat pengajian/sekolah.
11. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
12. Hantar penyertaan ke :
Urusetia Pertandingan PSA
Pusat Pengajian Komunikasi
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.
Hadiah :
Kategori TV
Johan - RM 500 + Sijil penyertaan
Tempat kedua - RM 300 + Sijil penyertaan
Tempat ketiga - RM 100 + Sijil penyertaan
Kategori Radio
Johan - RM 500 + Sijil penyertaan
Tempat Kedua - RM300 + Sijil penyertaan
Tempat Ketiga - RM 100 + Sijil penyertaan
Untuk maklumat lanjut :
FB : fb.com/impact2014.usm
Email : impact2014@outlook.my
Telefon : 012-5332809 - Rosamira Ahmad Razali

No comments:

Post a Comment